Airbnb adalah syarikat berasaskan penginapan pelancongan dalam talian yang bernilai 31 bilion dolar. Bukan mudah untuk menjadi syarikat yang membuat banyak keuntungan dalam masa yang singkat.
Airbnb telah menggunakan beberapa strategi tertentu untuk berjaya. Mungkin strategi ini akan berguna untuk bisnes anda sendiri jika dituruti.
Airbnb telah menjadi satu jenama yang kuat kerana pelanggannya yang menginap di lokasi yang disediakan amat berpuas hati dengan servis mereka.
Begitu juga mereka yang menjadi penyewa dibawah kendalian mereka juga berpuas hati dengan apa yang ditawarkan oleh Airbnb.
Satu set peraturan polisi yang jelas telah digazetkan oleh Airbnb agar kedua-dua penyewa dan penginap mematuhi dan menghormati antara satu sama lain.
Berdasarkan motto “A community built on trust.”, Airbnb memastikan yang rasa percaya antara ketiga-tiga pihak terjalin utuh.
Mereka menyenaraikan standard dan jangkaan yang harus ditepati oleh kedua-dua pihak yang bersifat menghormati antara satu sama lain.Untuk mengekalkan kualiti perkhidmatan, beribu-ribu hos penyewa di bawah kendalian Airbnb telah ditamatkan kontrak.
Syarikat ini menghabiskan banyak masa dan bajet untuk memantau kualiti perkhidmatan mereka agar semua pelanggan berasa selesa.
Walaupun mereka menyewa pada kadar masa yang sementara tetapi syarikat ini komited untuk meyediakan ruangan peribadi yang terbaik bagi menjaga pelanggan mereka.
Bagi tujuan ini, mereka telah meneliti syarat perjanjian dengan serius berdasarkan keperluan dan keselesaan pelanggan mereka. Hal ini penting bagi memastikan pelanggan rasa selamat dan percaya untk menggunakan khidmat mereka.
Sudah biasa sangat kita sebagai pelanggan tertipu dengan teknik pemasaran orang bisnes yang meletakkan harapan yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan melalui visual atau gambaran yang palsu.
Sebab itu ramai pelanggan yang kecewa apabila membeli secara maya atau secara tidak lansung kerana apa yang diterima tidak sama dengan apa yang dijangkakan.
Airbnb telah meastikan perkara ini tidak berlaku dalam syarikat mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan pelanggan.
Pada tahun 2009, mereka telah menamatkan cara untuk menilai rumah hos melalui gambar yang dihantar. Mereka memutuskan untuk pergi sendiri ke rumah hos dan mereka sendiri yang mengambil gambar secara profesional.
Hasilnya mengkagumkan dan mereka mendapat keuntungan mingguan yang berganda. Tunjukkan realiti yang pelanggan akan dapat sebenar-benarnya dan highlightkan juga pada kelebihan.
Kadang-kadang data boleh jadi tanda ukur prestasi sesebuah perniagaan. Tetapi tidak semua boleh diukur dan diterjemahkan melalui dapatan data kadar pelanggan, dapatan atau statistik tempahan.
Airbnb telah menggunakan pendekatan kreatif di mana idea mereka diimplementasikan terlebih dahulu barulah mereka dapat lihat keberkesanan sesuatu idea yang dicadangkan.
Di Airbnb, kumpulan pelaksana akan mengkaji sama ada idea tersebut memberikan impak yang bagus atau tidak kepada syarikat mereka.
Jika idea itu memberikan hasil yang bagus pada cubaan skala kecil, mereka akan kembangkan lagi idea tersebut menjadi besar.
Ramai yang melihat cara ini sebagai berisiko dan merbahaya kepada bisnes akan tetapi dengan cara ini, bisnes mereka sentiasa bertambah maju.
Airbnb, Uber, E-bay adalah contoh bisnes yang telah merevolusikan industri bisnes tradisional. Kita sedia maklum yang Ebay telah memodenkan transaksi perniagaan dan perdagangan konvesional sehinggakan orang boleh menjual dan membeli barangan ke seluruh dunia tanpa perlu mengembara ke rantau lain.
Uber telah merevolusikan perniagaan kereta sewa dan teksi manakala Airbnb sendiri telah merevolusikan industri perhotelan dari bandar ke desa terpencil.
Mungkin benar yang perniagaan revolusi ini telah menganggu perniagaan konvesional tetapi persaingan akan membuatkan kedua-dua jenis bisnes lama dan baru ini sentiasa bersaing untuk memebrikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan.
Bisnes jenis ini mendapat tempat di hati golongan milenia. Walaupun berdepan dengan pelbagai cabaran, tetapi Airbnb terus melangkah ke depan disamping mengekalkan polisi tradisi mereka melalui strategi yang telah disebutkan di atas. Mereka terus-terusan komited memberikan yang terbaik kepada pelanggan melalui kepercayaan.
Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/tiru-strategi-rahsia-syarikat-airbnb-untuk-berjaya-dalam-bisnes.html

#1-Sentiasa Memantau Pergerakan Komuniti Secara Aktif.

#2-Pastikan Pelanggan Maklum Akan Produk Atau Perkhidmatan Yang Mereka Akan Dapat.
Sudah biasa sangat kita sebagai pelanggan tertipu dengan teknik pemasaran orang bisnes yang meletakkan harapan yang lebih tinggi daripada apa yang ditawarkan melalui visual atau gambaran yang palsu.
Sebab itu ramai pelanggan yang kecewa apabila membeli secara maya atau secara tidak lansung kerana apa yang diterima tidak sama dengan apa yang dijangkakan.
Airbnb telah meastikan perkara ini tidak berlaku dalam syarikat mereka. Mereka cuba sedaya upaya untuk tidak menghampakan pelanggan.
Pada tahun 2009, mereka telah menamatkan cara untuk menilai rumah hos melalui gambar yang dihantar. Mereka memutuskan untuk pergi sendiri ke rumah hos dan mereka sendiri yang mengambil gambar secara profesional.
Hasilnya mengkagumkan dan mereka mendapat keuntungan mingguan yang berganda. Tunjukkan realiti yang pelanggan akan dapat sebenar-benarnya dan highlightkan juga pada kelebihan.
#3- Buat Ujian Berulang Kali Ke Atas Produk Sendiri.
Kadang-kadang data boleh jadi tanda ukur prestasi sesebuah perniagaan. Tetapi tidak semua boleh diukur dan diterjemahkan melalui dapatan data kadar pelanggan, dapatan atau statistik tempahan.
Airbnb telah menggunakan pendekatan kreatif di mana idea mereka diimplementasikan terlebih dahulu barulah mereka dapat lihat keberkesanan sesuatu idea yang dicadangkan.
Di Airbnb, kumpulan pelaksana akan mengkaji sama ada idea tersebut memberikan impak yang bagus atau tidak kepada syarikat mereka.
Jika idea itu memberikan hasil yang bagus pada cubaan skala kecil, mereka akan kembangkan lagi idea tersebut menjadi besar.
Ramai yang melihat cara ini sebagai berisiko dan merbahaya kepada bisnes akan tetapi dengan cara ini, bisnes mereka sentiasa bertambah maju.
#4- Merevolusikan Industri Tradisional.