-->

Senin, 30 Oktober 2017

Strategi Pemasaran Media Sosial Yang Berkesan Untuk Golongan Milenia Termasuk Gen Z

Jika target pasaran bisnes anda adalah golongan milenia maka fokus anda adalah mereka yang berusia antara 20-35 tahun.

Bagaimana pula 10 tahun yang seterusnya? Adakah strategi pemasaran untuk Gen Z kekal sama atau harus berubah?

Bagaimana mahu membuat pemasaran berkesan untuk golongan milenia termasuk Gen Z dalam tempoh waktu yang lama?

Berikut apa yang anda harus fokus dan lakukan daripada sekarang.

#1-Imej Atau Perkataan Yang Lebih Memikat?


Generasi milenia sangat menggemari medium media seperti YouTube, Snapchat dan  Instagram kerana mereka lebih selesa dengan visual berbanding perkataan.

Dengan medium seperti yang diatas, mereka bebas berkomunikasi menggunakan emoji, gambar, video dan lain-lain.

Mungkin kurang tepat kalau mahu dikaitkan dengan kesedaran namun generasi ini mahu dan suka pada sesuatu yang cepat, pantas dan ringkas.

Mereka mudah tertarik pada imej dan sukar untuk memberi fokus jika harus membaca lama-lama.

Pastikan anda memberi ‘content’ yang ringkas, tepat, tidak berbelit dan senang untuk difahami.

Gunakan ‘headline’ yang menarik dengan bahasa atau ‘slang’ kegemaran mereka jika bersesuaian dengan produk anda.

#2- Pemasaran Berdasarkan Isu Semasa Mereka.


Kebanyakkan generasi milenia merupakan aktivis dengan isu masing-masing yang ingin mereka perjuangkan mungkin berkisar tentang kemanusiaan, hak-hak individu, alam sekitar dan pelbagai lagi.

Mereka juga adalah golongan yang mahu pekerjaan mereka memberikan impak yang besar jadi pemasaran anda haruslah mengkagumkan mereka dan juga memberi solusi kepada mereka.

Jenama yang memahami keperluan generasi milenia terutamanya Gen Z akan mudah untuk mendapatkan kepercayaan mereka.

Di Barat, banyak jenama-jenama terkenal yang melakukan dan menaja kempen-kempen untuk menarik golongan milenia.

Mereka menggunakan isu-isu yang berkaitan dengan golongan tersebut dan pada waktu yang sama membuatkan jenama mereka dikenali mereka.

#3-Gunakan Skil ‘Marketing’ Peribadi Mereka.


Tidak seperti generasi terdahulu, golongan milenia gemar berkongsi perihal peribadi di laman sosial mereka sendiri.

Mereka juga gemar berkongsi apa yang mereka suka dan ketahui.

Untuk mengenali mereka secara dekat tidak memerlukan anda untuk berkawan rapat, cukup sekadar mengikut ‘post’ mereka di Facebook anda boleh mengetahui serba-sedikit mengenai karakter mereka.

Golongan milenia gemar menghabiskan masa berjam-jam untuk mengemaskini laman sosial mereka agar sentiasa kelihatan menarik.

Mereka suka mengambil gambar ,video, mengeditnya terlebih dahulu dan kongsikan bersama-sama rakan mereka.

Mereka mahir dengan konsep penjenamaan diri dan seharusnya para usahawan mengambil kesempatan untuk mendekatkan jenama dengan golongan ini melalui cara yang sama supaya mereka boleh menjadi ‘promoter’ bergerak atau ‘duta’ kecil produk anda.

Beri mereka peluang untuk bantu pasarkan jenama anda dengan cara yang mereka sukai.

#4-Kombinasi Pemasaran Unik, Kreatif Dan Berinovasi.


Sememangnya golongan milenia terutamanya Gen Z tidak dapat berenggang dengan telefon mereka.

Emosi mereka juga boleh terkesan dengan apa yang berlaku dalam dunia media sosial mereka sama ada negatif atau positif.

Tidak dinafikan, kerana sering menghabiskan masa dengan gajet dan media sosial, mereka mempunyai kemahiran bersosial yang bagus.

Para usahawan boleh gunakan kemahiran mereka ini melalui pemasaran dan jadikan mereka ini sebagai pasaran.

Mereka boleh melakukan pelbagai tugasan yang melibatkan media pada satu masa seperti menonton drama secara online, bermesej dengan rakan dan melayari internet pada satu masa yang sama.

Jadi, penggunaan maksimum media sosial sebagai strategi pemasaran bagi usahawan adalah cara yang terbaik dan pastinya tidak terlepas daripada pengetahuan mereka.

Namun, untuk menarik perhatian mereka, pastikan anda menggunakan media yang tepat, idea yang segar dan unik dengan sedikit inovasi agar mereka menyukainya.

Mereka pasti melibatkan diri secara tidak lansung untuk menjayakan strategi pemasaran anda dengan berkongsinya di media sosial milik mereka.

Bahkan, mereka akan menjadi pelanggan setia anda dan membuatkan komuniti kecil mereka tahu mengenainya dan turut serta sebagai ‘trend’.

Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/strategi-pemasaran-media-sosial-yang-berkesan-untuk-golongan-milenia-termasuk-gen-z.html
Back To Top