-->

Minggu, 29 Oktober 2017

Bagaimana 2.11 Juta Unit Telefon Xiaomi Boleh Laris Dalam Masa 24 Jam

#1-Kisah Pengasas Xiaomi Inc.


Lei Jun merupakan seorang usahawan di China dan pengasas Xiaomi Inc. dilahirkan pada 16 Disember 1969.

Pada tahun 2014, dia telah tersenarai sebagai Tokoh Usahawan Tahunan oleh Forbes.

Pada tahun 2015, Lei Jun tersenarai dalam kategori usahawan ‘billionaire’ dan menduduki tangga ke 87 dengan nilai kekayaan sebanyak 13.2 billion.

Dia menamatkan pengajian dari Mianyang Middle School pada tahun 1987 dan kemudian menyambung pengajian di Wuhan University.

Merupakan seorang pelajar yang cemerlang, Lei Jun menamatkan pengajian dalam tempoh 2 tahun dalam jurusan ijazah sarjana muda Sains Komputer.

Pada tahun 1992, dia menyertai syarikat Kingsoft sebagai jurutera dan menjadi CEO syarikat terbabit pada tahun 1998.

Dia juga pernah mengasaskan banyak syarikat online bermula pada tahun 2000 seperti syarikat  Joyo.com, sebuah kedai buku online yang kemudiannya telah dijual kepada Amazon.com pada harga sebanyak 75 juta dolar pada tahun 2004.

Pada tahun 2007, dia berundur seketika atas alasan kesihatan dan kembali semula 4 tahun kemudian sebagai Pengerusi.

Semasa berhenti darip Kingsoft, Lei telah melabur dalam lebih 20 buah syarikat dalam pelbagai sektor teknologi dan perdagangan. Dia turut menjadi pengerusi bagi syarikat UCWeb.

#2-Bagaimana Xiaomi Inc. Diasaskan.


Pada tahun 2010, Lei telah mengasaskan Xiaomi Inc, sebuah syarikat teknologi yang mengeluarkan telefon pintar, aplikasi telefon dan peralatan elektronik yang lain.

Syarikat ini diasaskan bersama dengan Lin Bin, iaitu Timbalan Presiden Google China dan 7  orang rakan kongsi yang lain.

Pada asalnya syarikat ini telah mendapat dana pelaburan Temasek Holdings dari Singapura dan Kapitalis Pelaburan China iaitu IDG Capital dan Qiming Venture Partners.

Selain mengeluarkan telefon, syarikat ini juga telah mengeluarkan pelbagai produk lain seperti tablet, pengecas bateri, robot vakum, skuter dan lain-lain lagi.

Pada penghujung tahun 2014, Xiaomi telah menjana pendapatan lebih daripada 1 billion dan dianggarkan bernilai kira-kira 45 billion dolar.

#3-Perkembangan Pesat Xiaomi Inc.


Lei bersama syarikat Xiaomi Inc telah melabur dalam kira-kira 70 startup baru di China dan bercadang untuk meluaskan strategi pelaburan mereka dengan lebih banyak lagi

Bermula pada tahun 1999, Lei Jun telah menerima pelbagai pengiktirafan dan anugerah melalui aktiviti bisnes syarikatnya. Antara adalah pemimpin bisnes paling berpengaruh di China dan juga di Asia.

Lei berjaya menjadi orang yang ke-empat terkaya dia China pada tahun 2015 dengan kekayaan bernilai 1.32 billion dolar.

Jenama Xiaomi mula meraih populariti dalam kalangan pengguna elektronik dan telefon bermula pada tahun 2014.

Mi4 adalah produk telefon yang paling terlaris dalam sejarah penjualan telefon dan membuatkan jenama mereka menjadi terkenal. Ia menggunakan cip prosesor Qualcomm Snapdragon.

Mi4 terjual sebanyak 10 juta unit pada 11 bulan pertama ia dilancarkan. Dengan jualan yang laris, Xiomi dapat menembus pasaran negara lain seperti Australia, United States, Europah dan New Zealand dengan mudah.

Rentetan dengan kejayaan Mi2, Xiaomi melebarkan operasinya di Singapura dan melancarkan Mi3 dan pelbagai gajet dengan label Redmi.

Mi3 mencatatkan sejarah baru yang diiktiraf oleh World Guiness Record dimana, telefon in laris dalam masa beberapa minit sahaja apabila dilancarkan dan ini membuatkan jenama ini tular ke serata dunia.

Mereka juga turut memasuki pasaran India, Malaysia dan Filipina dan menggunakan strategi jualan online seperti Flipkart di India dan Lazada.

#4-Rahsia Kejayaan Xiaomi.

Apa yang membuatkan jenama ini berjaya dan terkenal bukan hanya kerana harganya berpatutan akan tetapi kerana strategi pemasarannya yang berlainan daripada Apple dan Samsung.

Jika Samsung menghentikan pengeluaran produk selepas 6 bulan, Xiaomi pula menghentikan pengeluaran produk setelah 18 bulan.

Mereka mampu mengelurkan jumlah unit yang lebih besar dan menjualnya dengan laris. Apa yang menarik, mereka tidak ada kedai fizikal mereka sendiri seperti pesaing-pesaing mereka yang lain.

Mereka hanya menjual secara online atau kedai-kedai telefon biasa menjualkannya dan ini ternyata sangat menjimatkan kos syarikat.

Kekuatan jenama ini tidak dapat disangkal lagi dan ia adalah hasil perancangan perniagaan yang mantap, unik, harga yang berpatutan dan fungsinya memenuhi keperluan pengguna dan sentiasa relevan dalam pasaran.

Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/bagaimana-2-11-juta-unit-telefon-xiaomi-boleh-laris-dalam-masa-24-jam.html
Back To Top