-->

Selasa, 31 Oktober 2017

5 Produk Dari Syarikat Gergasi Yang Mengalami Kegagalan Besar Dalam Sejarah

Jangan disangka, syarikat-syarikat gergasi yang sering anda dengar tidak mengalami ‘sejarah hitam’ sepanjang operasinya. Namun begitu, dengan sejarah hitam tersebutlah, syarikat tersebut membaik pulih dan terus maju menongkah arus.


Anda juga jangan khuatir sekiranya perusahaan anda tidak menampakkan hasil lagi. Barangkali masanya belum tiba. Ambil kisah berikut sebagai pedoman anda untuk terus berjaya.

#1-Ford Edsel (1957)


Nama Edsel itu sendiri begitu sinonim dengan “marketing failure.” Ford telah melaburkan sebanyak $400 milion bagi pengeluaran kereta tersebut.

Namun begitu, rakyat Amerika secara kasarnya tidak mahu untuk membelinya kerana mereka mahukan sesuatu yang lebih kecil dan lebih ekonomik.Oleh itu, pemasaran kereta ini dihentikan padsa tahun 1960.

#2-Sony Betamax (1975)


Pada 1970-an, format permainan video telah diperkenalkan melalui dua produk iaitu dari Betamax dan VHS.

Namun Sony telah melakukan percaturan yang silap. Syarikat tersebut memulakan jualannya pada tahun 1975 sedangkan pada tahun itu mesin VHS telah keluar. Hal ini telah menyebabkan produk dari VHS mengatasi pengeluaran Betamax.

#3-New Coke (1985)


Seawal tahun 1980, syarikat Coke seakan merudum berbanding syarikat Pepsi. Dengan adanya iklan “Pepsi Challenge” yang begitu terkenal ketika itu, benar-benar membuatkan Pepsi naik mendadak.

Oleh itu, Coke cuba mencipta suatu produk yang rasnya seakan Pepsi. Namun tindakannya seakan menjerat dirinya sendiri. Ia tidak berhasil. Langkah akhir, Coke mengekalkan formula asalnya lantas melancarkan produk terbaharu yang diberi nama: Coca-Cola Classic.

#4-Pepsi A.M (1989) dan Crystal Pepsi (1992)


Pepsi mencuba nasib dengan memperkenalkan “breakfast cola drinker” dengan produk Pepsi A.M ini. Namun, ia cuma bertahan selama setahun sahaja.

Pada tahun 1992 pula, Pepsi mencuba nasib untuk kali yang kedua dengan “Crystal Pepsi.” Namun tahun berikutnya, produk tersebut mati! Sebagai tujuan untuk mengimbau kenangan (throwback), Pepsi sekali lagi memperkenalkan Crystal Pepsi pada tahun ini (2016). Namun, ia masih merasa pelik.

#5-Apple Newton (1993)


Produk Newton ini ibarat satu kenangan pahit bagi syarikat Apple sebelum syarikat ini menjadi terkenal dan digilai pada masa kini.

Majalah Forbes telah mengeluarkan kenyataan mengenai faktor kejatuhan produk tersebut. Pertama harganya yang bernilai $700, dan memiliki 8 inci panjang dan 4.5 inci lebar. Selain itu, handwriting recognition produk tersebut sangat teruk sehingga kartun Simpson pun membuat jenaka mengenainya.

Dan akhirnya iPad pun lahir!

Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/5-produk-dari-syarikat-gergasi-yang-mengalami-kegagalan-besar-dalam-sejarah.html
Back To Top