#1-Cipta Matlamat-Matlamat Hidup Yang Boleh Dicapai.
Sedar atau tidak, kita ini lebih bagus dan lebih berbakat daripada apa yang kita fikirkan.
Namun, kita masih lagi di takuk yang lama, ketinggalan berbanding orang lain yang berjaya sedangkan kita juga boleh dan mampu sahaja melakukan perkara yang sama seperti mereka atau lebih lagi.
Mungkin kerana kita tidak yang yakin diri atau kita sering merendah diri bukan pada tempatnya atau mungkin sahaja kita masih belum berdamai dengan kelebihan dan kelemahan diri seadanya untuk mencapai tahap kejayaan yang lebih tinggi.
Ini bermaksud kita masih belum bersedia. Inilah yang bersarang dalam pemikiran kita dan hati kita.
Apabila kita dan fikiran kita sendiri takut atau rasa tidak mampu untuk mencapainya, secara automatiknya kita telah menghantar signal yang negatif terhadap diri sendiri.
Oleh itu, apa sahaja yang kita lakukan pasti akan gagal kerana kita masih belum bersedia untuk mencapainya dan kita tidak sedar.
Oleh itu juga, ramai orang hanya mencapai kejayaan yang minima kerana mereka sendiri tanpa sedar tidak yakin untuk mencapainya dan memandang rendah diri terhadap sendiri.
Beranikan diri untuk jangan letak matlamat yang terlalu rendah dan jangan pula mencipta matlamat yang terlalu tinggi sehingga tidak relevan dan meletakkan beban yang tidak perlu pada diri.
Tetapkan matlamat anda dan capai satu-persatu. Kemudian daripada matlamat yang rendah naikkan skalanya pada peringkat yang lebih tinggi.
Jangan mengharapkan keputusan yang cepat dan bersabarlah dalam mengejar matlamat.
Anda pasti dapat capai apa yang anda percaya anda boleh lakukan.
Percaya pada kemampuan diri dan walaupun matlamat tidak tercapai 100%, sekurang-kurangnya anda telah berkembang dan berjaya ke hadapan berbanding anda yang dulu.
Perubahan kearah yang lebih baik itu sendiri satu pencapaian yang bagus.
#2-Bersahabat Baik Dengan Kegagalan.
Ramai orang takut kegagalan sepertimana mereka tidak dapat menanggungnya dan tidak mahu ia tersebar.
Kegagalan itu memalukan bagi kebanyakkan orang biasa namun tidak pada mereka yang betul-betul berjaya.
Kegagalan adalah penting untuk anda belajar bagaimana untuk berjaya.
Mindset yang terbaik yang dimiliki oleh segelintir orang adalah mereka tahu kegagalan itu wajib untuk mereka hadam.
Kegagalan itu penting untuk hadir dalam kehidupan mereka. Kegagalan itu sesuatu yang tidak akan dapat dielak.
Justeru, daripada bermusuh dengan kegagalan dan merana, sebaiknya bersedia untuk menerima kegagalan sebagai sahabat baik anda.
Percayalah, anda akan berasa lebih gembira dan banyak perkara baharu yang anda akan pelajari dan ia akan bantu anda berjaya kelak.
Berapa ramai tokoh usahawan di luar sana gagal berkali-kali malah lebih banyak berbanding anda namun itu bukan penghalang mereka.
Kerana mindset mereka apabila gagal bukan kerana mereka tidak mampu tetapi mereka masih belum berjumpa cara yang betul justeru mereka teruskan usaha dan percubaan-percubaan mereka sebelum berjaya.
#3-Anda Tidak Akan Berjaya Selagi Anda Kekal Di Zon Selesa.
CEO kepada syarikat teknologi terkenal IBM pernah mengatakan, “Growth and comfort do not coexist.”
Sememangnya untuk berjaya kita tidak akan mendapatkannya dengan mudah dan senang.
Sedangkan sedari kecil, saat kita mula belajar untuk meniarap, merangkak malah berjalan juga perlukan beberapa kali untuk kita terjatuh dan tercedera barulah kita dapat menguasainya sebagai kemahiran baharu.
Sama jugalah dalam hal-hal lain. Perlukan masa, percubaan, penambahbaikan dan mungkin kesakitan serta kegagalan dalam sesuatu perkara yang kita inginkan.
Pengasas Apple mungkin seorang yang genius dan berbakat namun jika dia mengalah dan tidak meneruskan usahanya dari garaj kereta, iaitu lokasi pejabat mereka yang pertama, pasti kita tidak akan dapat menggunakan produk Apple pada hari ini.
#4-Banyakkan Perspektif Dalam Menilai Sesuatu Perkara.
Tidak kisahlah apa pun matlamat anda, anda kena bersedia dengan mindset yang betul.
Mulakan dengan berfikir secara lain daripada kebiasaan apabila sebelum melakukan sesuatu.
Cuba lihat sesuatu situasi dalam perspektif yang berbeza-beza. Ini akan bantu anda buat pengamatan dan penilaian yang lebih baik.
Anda juga akan menjadi seorang lebih baik dan bijak dalam membuat keputusan dan mengambil risiko dalam hidup.
Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/bagaimana-untuk-ubah-mindset-anda-agar-lebih-kaya-dan-berjaya.html