Jika anda seorang usahawan yang menguruskan bisnes pada skala kecil, anda tidak perlu rasa tergugat dengan syarikat besar lain yang membuat keuntungan lebih besar.
Anda tidak perlu rasa tertekan untuk membesarkan bisnes anda secepat yang mungkin.
Anda banyak sebab kenapa tidak salah untuk anda rasa selesa beroperasi dalam bisnes skala kecil dalam tempoh yang lama.
Ini adalah antara kelebihannya yang anda harus tahu sebagai pemilik bisnes kecil.
Mempunyai bisnes kecil bermakna anda boleh menjimatkan wang yang sangat banyak apabila berkaitan dengan sistem dan teknologi.
Banyak perubahan yang pesat telah berlaku dalam masa yang singkat apabila melibatkan teknologi.
Syarikat-syarikat besar harus membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk pembangunan infrastruktur fasiliti seperti peralatan komputer, lesen untuk perisian komputer yang sah dan banyak lagi.
Bisnes yang besar juga harus sentiasa mengemaskini sistem yang ada agar selari dengan kecanggihan sistem syarikat lain atau setanding pesaing mereka.
Ini penting untuk menjaga imej syarikat dan membina kredibiliti pelanggan.
Sebaliknya, jika anda hanya mengusahakan bisnes kecil yang mungkin sahaja hanya beroperasi dari rumah, anda tidak perlu berhabis wang bagi tujuan yang sama.
Cukuplah ada komputer dan perisian yang baik dan mencukupi bagi anda menyudahkan tugasan anda dengan bagus.
Jika anda rasa syarikat besar lebih senang untuk berurusan dengan bank dan membuat pinjaman, itu adalah mitos semata-mata.
Pihak bank sangat berhati-hati apabila ingin memberikan pinjaman kepada syarikat besar kerana ia pasti akan melibatkan jumlah yang banyak.
Mungkin kita dengar yang susah nak buat pinjaman jika bisnes kita beroperasi pada skala kecil.
Tetapi sebenarnya, ada banyak kelebihan untuk berurusan dengan bank yang kurang kompleks berbanding syarikat besar.
Pihak bank akan menawarkan kadar bunga yang lebih rendah kepada bisnes kecil asalkan pendapatan syarikat anda stabil.
Asalkan anda bijak menjaga aliran wang atau ‘cashflow’ syarikat, anda tiada masalah untuk berurusan dengan bank dan membuat pinjaman.
Anda hanya perlu beringat untuk membayar mana-mana pinjaman anda secara berkala pada waktu yang ditetapkan supaya anda tidak mengalami masalah untuk membuat pinjaman pada masa hadapan kelak.
Apabila negara mengalami situasi ekonomi yang merundum, banyak perniagaan terjejas kerana hampir semua orang mengalami kesukaran untuk berbelanja seperti biasa.
Pemilik bisnes juga rata-rata mendapat keuntungan yang rendah daripada biasa.
Kita lihat banyak syarikat-syarikat global, ada yang bertaraf multi-nasional terpaksa menutup sebahagian daripada cawangannya dan memberhentikan sebahagian daripada pekerjanya untuk menyelamatkan krisis kewangan syarikat.
Kelebihannya menguruskan bisnes pada skala kecil, anda tidak akan begitu terkesan dengan situasi ekonomi semasa.
Jika terkesan sekalipun, kerugian yang dialami tidaklah sebesar syarikat-syarikat bisnes besar yang lain.
Malahan, jika anda terpaksa menghentikan operasi sekalipun, anda masih boleh kembali lagi ke dalam dunia bisnes setelah menyelesaikan isu anda dan bangkit semula setelah gagal.
Sebaliknya bisnes besar terpaksa menanggung hutang yang banyak seperti tunggakan bayaran pinjaman dengan pihak bank, pampasan kepada pekerja, kemerosotan kredibiliti dan sebagainya.
Ramai syarikat kecil berjaya kerana ada ramai pelanggan yang menyokong mereka.
Syarikat kecil boleh memberikan lebih fokus kepada pelanggan berbanding syarikat besar kerana saiz pelanggan mereka lebih kecil manakala tempoh waktu mereka untuk melayan satu-satu pelanggan biasanya lebih fleksibel.
Bisnes kecil selalu mencari pelanggan dan menjaga hubungan yang baik dengan mereka kerana kadar kebergantungan mereka kepada pelanggan lebih tinggi.
Bisnes besar pula sebaliknya, pelanggan yang mencari mereka jadi kadang-kadang mereka lupa untuk menjaga pelanggan dengan sebaiknya sebagaimana yang diingini pelanggan.
Jadi, pemilik bisnes kecil seharusnya lebih menghargai pelanggan dan dekat dengan mereka berbanding bisnes besar yang sudah dikuasai oleh lapisan peringkat pengurusan.
Satu perkara yang jelas tentang kelebihan bisnes kecil dengan bisnes besar adalah kadar keeksklusifan yang pelanggan mereka perolehi.
Oleh kerana mereka lebih kenal, ingat dan rapat dengan pelanggan, maka mereka boleh memberikan layanan yang bagus kepada pelanggan.
Pelanggan juga lebih terbuka untuk berkongsi dengan pihak syarikat apa yang boleh membuatkan produk atau servis mereka bertambah baik.
Dengan layanan eksklusif ini, pelanggan akan berasa gembira dan mereka akan sentiasa mengikut perkembangan syarikat dan menjadi sebahagian daripada kejayaan syarikat.
Kadar kesetiaan, kepercayaan dan peratusan jualan juga akan meningkat.
Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/fahami-kelebihan-memiliki-bisnes-skala-kecil.html

#1-Tidak Perlu Alatan Berteknologi Tinggi.

#2-Urusan Bank Bertambah Mudah.

#3-Mudah Untuk Bangun Kembali.

#4-Perhubungan Yang Lebih Mesra Dengan Pelanggan.
Ramai syarikat kecil berjaya kerana ada ramai pelanggan yang menyokong mereka.
Syarikat kecil boleh memberikan lebih fokus kepada pelanggan berbanding syarikat besar kerana saiz pelanggan mereka lebih kecil manakala tempoh waktu mereka untuk melayan satu-satu pelanggan biasanya lebih fleksibel.
Bisnes kecil selalu mencari pelanggan dan menjaga hubungan yang baik dengan mereka kerana kadar kebergantungan mereka kepada pelanggan lebih tinggi.
Bisnes besar pula sebaliknya, pelanggan yang mencari mereka jadi kadang-kadang mereka lupa untuk menjaga pelanggan dengan sebaiknya sebagaimana yang diingini pelanggan.
Jadi, pemilik bisnes kecil seharusnya lebih menghargai pelanggan dan dekat dengan mereka berbanding bisnes besar yang sudah dikuasai oleh lapisan peringkat pengurusan.
#5-Eksklusif Adalah Senjata Utama.