-->

Selasa, 31 Oktober 2017

Bagaimana Pasukan Kerja Juga Mampu Mempromosikan Produk Anda

Jessica Li, antara pengasas penghantaran makanan di Malaysia (Dah Makan) berkata  “Media sosial adalah salah satu medium yang berimpak besar apabila dimanfaatkan dengan sebaiknya”

Beliau menambah lagi bahawa pasukan kerjanya menggunakan Facebook, Instagram, dan LinkedIn untuk berkongsi pengalaman dan budaya di Dah Makan.


Selain itu, Shannon Kalayanamitr, pengasas jenama Orami, juga tidak begitu risau mengenai pasukan kerjanya bakal ‘buat hal’ terhadap jenama yang beliau telah bina tersebut.

Bagaimana mereka benar-benar yakin akan perkara itu? Ayuh ikuti rahsia yang mereka amalkan.

#1. Pemanduan Yang Jelas

Perlu ada pemanduan dan ketetapan terhadap jenama yang dibawa selari dengan organisasi yang dibentuk sama ada dari pihak pengurusan sehinggalah kepada pasukan kerja.

Sebagai tambahan, maklumat dari jenama anda seharusnya sepadan dan mengikut budaya kerja yang diamalkan. Dengan itu sahaja, pasukan kerja anda akan menggunakan media sosial jenama anda dengan efektif dan berdisiplin.

#2. Didik Pasukan Kerja Menjawab Komen Negatif


Anda harus memberitahu pasukan kerja anda bahawa pasti akan ada komen yang negatif ketika mempromosikan produk dan perkhidmatan jenama anda. Justeru, ajarkan pasukan kerja mengenai ilmu menjawab komen-komen tersebut.

Pastikan pasukan kerja terima komen tersebut dan laporkan kepada bahagian perkhidmatan pelanggan. Perlu juga memberitahu pelanggan anda akan kepekaan syarikat terhadap masalah yang timbul dan akan mengambil tindakan segera untuk menyelesaikannya.

#3. Ambil Pekerja Yang Tepat Dari Awal


Sejak mula lagi, ambil pekerja yang tepat dan sesuai dengan budaya kerja syarikat anda. Selain itu, pilih mereka yang benar-benar menunjukkan minat yang mendalam terhadap skop dan matlamat syarikat anda.

Menurut Jessica Li, walaupun dia tidak menggesa pekerjanya untuk mempromosikan syarikat Dah Makan ini dalam akaun peribadi masing-masing, namun disebabkan kecintaan mereka terhadap syarikat tersebut, mereka ada juga mempamerkan aktiviti makan tengah hari di Dah Makan  dalam media sosial mereka.

Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/bagaimana-pasukan-kerja-juga-mampu-mempromosikan-produk-anda.html
Back To Top