FAKTA: 9 daripada 10 perniagaan yang baru bermula akan GAGAL. 50% daripada perniagaan yang baru hendak berkembang tidak akan terus berkembang dalam masa 4 tahun akan datang. Bunyinya seakan menggerunkan bukan?
Apa yang harus anda lakukan ialah berhenti untuk berniaga. Ya. BERHENTI. Sebabnya adalah seperti berikut:
Anda juga tidak mampu untuk mengawal tekanan. Anda akan gagal dan dinasihatkan untuk hentikan perniagaan anda.
Anda tidak sanggup untuk tidur lewat setiap malam dalam jam 2 pagi dan bekerja sepanjang hari keesokan paginya. Selain itu, anda tidak sanggup untuk mengorbankan malam hujung minggu anda untuk bersosial.
Yang paling menyedihkan, inovasi anda terhadap perniagaan yang dijalankan masih pada tahap yang sama walaupun anda sudah puas bersuka ria pada hujung minggu.
Anda tahu akan semua yang dilakukan. Anda SILAP. Semasa anda kekurangan idea, anda tidak mahu untuk mencari sebarang pendapat lain untuk menambah baik semua masalah yang lompong.
Disebabkan anda sudah menetapkan matlamat untuk perniagaan anda, anda sudah merangka segala perbelanjaan yang bakal dibuat. Betul dan tiada yang salah atas tindakan tersebut.
Namun, anda sering berkira-kira untuk mengikuti kelas-kelas yang bakal mengasah kemahiran anda dalam perniagaan. Puncanya anda sudah menetapkan untuk membeli Lamborghini pada akhir tahun ini!
Sekiranya anda percaya kepada diri sendiri, tidak menjadi sebarang kegusaran sekiranya pesaing anda seakan mencantas anda. Anda perlu mencari dan menyusun langkah yang tepat untuk terus maju.
Mungkin sebab anda merasakan anda seperti Leonardo DaVinci yang hingga kini masih kekal misteri akan maksud potret Monalisa. Saya sarankan supaya anda teruskan untuk bermain sorok-sorok akan segala idea kreatif dan bijak anda itu.
Sekarang…
Adakah segala sebab yang di atas menyebabkan anda berfikir? Adakah tips tersebut menyentuh minda dan perasaan anda? Adakah seperti menyimbah minyak di dalam api?
Bagus!
Bertindak sekarang!
Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/7-sebab-mengapa-anda-perlu-berhenti-untuk-peroleh-kejayaan-dalam-perniagaan.html
Apa yang harus anda lakukan ialah berhenti untuk berniaga. Ya. BERHENTI. Sebabnya adalah seperti berikut:
#1-Anda Tidak Layak
Secara jujurnya, anda memang tidak berhak untuk teruskan perniagaan. Hal ini demikian kerana anda tidak mengamalkan etika yang ditetapkan semasa bekerja.Anda juga tidak mampu untuk mengawal tekanan. Anda akan gagal dan dinasihatkan untuk hentikan perniagaan anda.
#2-Anda Mahu Yang Seronok Sahaja
Anda tidak sanggup untuk tidur lewat setiap malam dalam jam 2 pagi dan bekerja sepanjang hari keesokan paginya. Selain itu, anda tidak sanggup untuk mengorbankan malam hujung minggu anda untuk bersosial.
Yang paling menyedihkan, inovasi anda terhadap perniagaan yang dijalankan masih pada tahap yang sama walaupun anda sudah puas bersuka ria pada hujung minggu.
#3-Anda Tidak Cukup Bagus
Anda fikir anda sudah cukup bagus 1% daripada perniagaan yang lain. Namun malangnya, anda bukanlah berada di atas peratusan itu. Anda juga berfikir bahawa anda sudah bekerja keras tetapi masih pada tahap yang sama. Berusaha lagi!#4-Anda Fikir Anda Tahu
Anda sebenarnya tidak tahu dan itu yang menjadi masalahnya. Anda juga berfikir bahawa anda sudah selesaikan semua masalah dan tidak mahu bertanya apa-apa lagi untuk sebarang kemusykilan.Anda tahu akan semua yang dilakukan. Anda SILAP. Semasa anda kekurangan idea, anda tidak mahu untuk mencari sebarang pendapat lain untuk menambah baik semua masalah yang lompong.
#5-Anda Sudah Tahu Cara Menguruskan Simpanan
Disebabkan anda sudah menetapkan matlamat untuk perniagaan anda, anda sudah merangka segala perbelanjaan yang bakal dibuat. Betul dan tiada yang salah atas tindakan tersebut.
Namun, anda sering berkira-kira untuk mengikuti kelas-kelas yang bakal mengasah kemahiran anda dalam perniagaan. Puncanya anda sudah menetapkan untuk membeli Lamborghini pada akhir tahun ini!
#6-Anda Risau Dengan Pesaing Anda
Anda sebenarnya risau disebabkan ketidakyakinan anda dalam mengurus perniagaan. Anda juga tidak membina tapak yang kukuh dalam memajukan perniagaan anda.Sekiranya anda percaya kepada diri sendiri, tidak menjadi sebarang kegusaran sekiranya pesaing anda seakan mencantas anda. Anda perlu mencari dan menyusun langkah yang tepat untuk terus maju.
#7-Anda Takut Pesaing Meniru Idea Anda