Memiliki website sebagai medium penyebaran info dan produk perniagaan adalah langkah betul untuk mengembangkan bisnes. Meskipun begitu,tidak semua website akan berhasil untuk menarik ramai pengunjung.
Pengunjung gemar melayari website yang mempunyai “content” selain “interface” yang menarik. Sebagai pemilik website, pasti anda kecewa bila gagal menarik trafik pengunjung dan akhirnya menjadi malas membiarkan ia sepi tanpa dikemaskini dengan info yang terkini. Apa kata cuba dengan langkah berikut.
Fungsi webmasters tools adalah membantu anda mendaftar di Google dan ia akan berinterasi secara auto di carian “browser” dengan mengguna “internet provider”.
Salah satu yang sering digunakan adalah Google. Hanya klik ke www/google.com/webmasters/tools dan ia akan keluarkan kod yang perlu disalin ke menu SEO pada dashboard website .
Ia memudahkan carian untuk pengunjung yang mencari sesuatu di kotak “browser”. Google akan senaraikan carian yang “wujud” serta “trending” di helaian pertama dan helaian seterusnya.
Jika anda sudah berbuat demikian, jadi tidak perlulah risau. Pengunjung sendiri akan mencari anda.
Apa salahnya melabur sedikit untuk pengiklanan berbayar daripada bersusah payah mencari pengunjung tapi tak dapat-dapat. Apa kata cuba dengan GoogleAdwords. Carian dan capaian anda lebih pantas kerana Google akan membantu anda meletakkan “ranking” berbayar di helaian carian paling atas dan merata-merata.
Ringkasnya, nama website anda ada sahaja di mana-mana. Secara psikologi, pengunjung lebih menyakini dan lebih minat untuk tekan link seterusnya. Pastikan anda mempunyai track record untuk trafik pengunjung.
Copywriting yang bagus adalah dapat memancing emosi pembaca dengan kurang daripada 10 patah perkataan pertama. Bergantung kepada “catchy” headline tersebut. Jika olahan ayat itu menarik, pembaca akan mula untuk tertarik kepada isi seterusnya.
Kebiasaanya, ayat copywriting yang digunakan menarik pembaca merasakan ingin tahu. Karangkan satu penceritaan seperti skrip drama yang ringkas kepada situasi yang sering terjadi kepada permasalahan dan memerlukan jalan penyelesaian.
Pastikan ia bersesuaian dengan apa yang anda tawarkan. Jika website anda menjual produk kurus, maka copywriting haruslah berkaitan dengan produk tersebut.
Melalui emel marketing, sebaran artikel akan jadi lebih mudah. Tidak ramai yang menggunakan kaedah ini kerana beranggapan mereka harus menulis dan menghantar ke setiap alamat. Ia kurang efektif.
Sebenarnya makan malam anda bersama keluarga tidak akan diganggu dengan emel marketing. Ianya automatik. Segala respon daripada anda kepada pembaca seolah anda yang membalas.
Padahal semuanya telah di setkan secara automatik tanpa had. Pembaca yang mula menunjuk minat kepada emel tersebut pasti akan klik ke tautan seterusnya. Mudah bukan?
Kaedah ini kian “trending” di laman Facebook. Kemudahan yang diberikan oleh Facebook banyak membuka peluang kepada anda untuk kegunaan bisnes sepenuhnya. Buat satu kempen seperti “like,share and giveaway” secara imej atau visual.
Cara ini memang paling mudah serta tiada kos dan percayalah pasti ramai yang nak berkunjung ke laman anda.
Tidak dinafikan, ramai yang suka membaca. Tambahan lagi jika berkaitan dengan tip-tip dan petua. Oleh itu, mulakan penulisan artikel anda. Tetapkan sasaran audience untuk artikel yang bersesuaian. Jangan asyik-asyik post mengenai produk atau servis anda sahaja nanti pelanggan akan bosan dan mereka hilang minat untuk berkunjung ke laman website anda.
Bila artikel anda menjadi tular dan dikongsi di laman sosial, maknanya anda menerima tindak balas positif dan ia dapat mempengaruhi trafik pengunjung ke website anda.
Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/6-cara-mudah-pancing-pelanggan-ke-website-bisnes-anda.html

#1 – Daftarkan Website Webmaster Tools

#2-Gunakan Iklan Berbayar
Apa salahnya melabur sedikit untuk pengiklanan berbayar daripada bersusah payah mencari pengunjung tapi tak dapat-dapat. Apa kata cuba dengan GoogleAdwords. Carian dan capaian anda lebih pantas kerana Google akan membantu anda meletakkan “ranking” berbayar di helaian carian paling atas dan merata-merata.
Ringkasnya, nama website anda ada sahaja di mana-mana. Secara psikologi, pengunjung lebih menyakini dan lebih minat untuk tekan link seterusnya. Pastikan anda mempunyai track record untuk trafik pengunjung.
#3- “Headline Copywriting” Yang Menarik
Copywriting yang bagus adalah dapat memancing emosi pembaca dengan kurang daripada 10 patah perkataan pertama. Bergantung kepada “catchy” headline tersebut. Jika olahan ayat itu menarik, pembaca akan mula untuk tertarik kepada isi seterusnya.
Kebiasaanya, ayat copywriting yang digunakan menarik pembaca merasakan ingin tahu. Karangkan satu penceritaan seperti skrip drama yang ringkas kepada situasi yang sering terjadi kepada permasalahan dan memerlukan jalan penyelesaian.
Pastikan ia bersesuaian dengan apa yang anda tawarkan. Jika website anda menjual produk kurus, maka copywriting haruslah berkaitan dengan produk tersebut.
#4-Bina Kemahiran Emel Marketing
Melalui emel marketing, sebaran artikel akan jadi lebih mudah. Tidak ramai yang menggunakan kaedah ini kerana beranggapan mereka harus menulis dan menghantar ke setiap alamat. Ia kurang efektif.
Sebenarnya makan malam anda bersama keluarga tidak akan diganggu dengan emel marketing. Ianya automatik. Segala respon daripada anda kepada pembaca seolah anda yang membalas.
Padahal semuanya telah di setkan secara automatik tanpa had. Pembaca yang mula menunjuk minat kepada emel tersebut pasti akan klik ke tautan seterusnya. Mudah bukan?
#5-Membuat Perkara Yang Viral
Kaedah ini kian “trending” di laman Facebook. Kemudahan yang diberikan oleh Facebook banyak membuka peluang kepada anda untuk kegunaan bisnes sepenuhnya. Buat satu kempen seperti “like,share and giveaway” secara imej atau visual.
Cara ini memang paling mudah serta tiada kos dan percayalah pasti ramai yang nak berkunjung ke laman anda.
#6- Menulis Artikel Atau Beri Tips