Seperti ingin menjadi pemain bola sepak yang berjaya, pastinya anda harus memiliki ciri-ciri yang tepat untuk maju ke hadapan. Dari sudut disiplin sehingga kepada sepakan bola yang mantap, kriteria-kriteria tersebut membantu pemain bola itu menerobos ke gol lawan.
Usahawan juga begitu. Harus ada gerak kerjanya yang teratur untuk maju dan berjaya dalam perusahaaan yang dijalankan. Ikuti ciri-ciri wajib berikut:
Untuk mereka, tiada yang sudah sempurna. Setiap tahap perniagaan harus dicari jalan untuk ditambah baik. Pada masa yang sama, mereka seronok menghadapi setiap cabaran.
Mereka sentiasa sedar, tiada kejayaan besar yang mampu dicapai dalam satu malam. Kejayaan memerlukan progress dan akan banyak mengalami semakan semula untuk tambah baik.
Apabila merancang perniagaan baru, mereka cenderung merancang sesuatu yang bersifat jangka panjang.
Mereka juga teruja berbicara mengenai masa depan.
Mereka cenderung untuk bekerjasama dengan individu berbakat yang mampu menambah kekuatan syarikat dan tampung kelemahan yang ada.
Pada masa yang sama, tahu bila nak berhenti apabila rugi.
*Kepada usahawan yang SERIUS mahu meramaikan pelanggan, meningkatkan jualan dan mengembangkan perniagaan, anda dijemput hadir ke SEMINAR MARKETING BISNES KECIL (MBK) anjuran Majalah Niaga. Klik laman sesawang http://www.mbk.my/untuk mendaftar.
Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/ketahui-7-kriteria-yang-harus-ada-untuk-menjadi-usahawan-berjaya.html
Usahawan juga begitu. Harus ada gerak kerjanya yang teratur untuk maju dan berjaya dalam perusahaaan yang dijalankan. Ikuti ciri-ciri wajib berikut:
#1-Matlamat Yang Satu
Terjun ke dunia perniagaan untuk mempunyai satu perusahaan yang berkembang maju. Bukan sekadar cari duit tepi dan ‘selesa’ kekal pada tahap sama.Untuk mereka, tiada yang sudah sempurna. Setiap tahap perniagaan harus dicari jalan untuk ditambah baik. Pada masa yang sama, mereka seronok menghadapi setiap cabaran.
#2-Berbelanja Di Bawah Kemampuan
Mereka tidak berbelanja sesuatu tanpa reason yang kukuh. Mereka memikirkan pulangan. Nilai aset yang mereka dan syarikat mereka miliki jauh lebih tinggi daripada nilai hutang.#3-Target Yang Realistik
Biar pahit di atas kertas, asalkan sasaran tersebut bersifat realistik. Walaupun mereka think big dan dream big, mereka bertindak mengikut kapasiti semasa. Ambil risiko yang sudah dikira dan yang mampu diserap.Mereka sentiasa sedar, tiada kejayaan besar yang mampu dicapai dalam satu malam. Kejayaan memerlukan progress dan akan banyak mengalami semakan semula untuk tambah baik.
#4-Fikir Jangka Panjang
Apabila merancang perniagaan baru, mereka cenderung merancang sesuatu yang bersifat jangka panjang.
#5-Luangkan Masa Dengan Orang Yang Betul
Mereka tidak melakukan networking dengan khalayak yang salah. Khalayak itu mestilah yang memberi tambah nilai pada perniagaan mereka. Pada masa yang sama mereka dapat beri manfaat.Mereka juga teruja berbicara mengenai masa depan.
#6-Tidak Berjuang Seorang Diri
Mereka cenderung untuk bekerjasama dengan individu berbakat yang mampu menambah kekuatan syarikat dan tampung kelemahan yang ada.
- Ada yang mereka jadikan rakan kongsi.
- Ada yang mereka outsource.
- Ada yang mereka ambil sebagai pekerja.
#7-Mempunyai Percaya-diri Yang Tinggi
Apabila mahu buat sesuatu, mereka buat dahulu. Tidak menunggu terlalu lama, tidak merancang terlalu kompleks. Buat dahulu dan tambah baik sepanjang perjalanan sehingga berjaya capai sasaran.Pada masa yang sama, tahu bila nak berhenti apabila rugi.