Nota Editor :
Pihak Elle Zada Academy bakal mengadakan kelas bimbingan Mastering The Art Of Online Business. Untuk anda yang berminat untuk mengetahui rahsia kejayaan puan Elliyin Razif, pengasas Elle Zada membangunkan bisnes dari kosong, boleh sertai dan daftar di laman ini.
Kami memulakan bisnes dari kosong. Kami bukan sesiapa dalam dunia online; bukan blogger terkenal mahupun personaliti yang terkenal.
Kami tiada belasan ribu mahupun ratusan ribu followers. Bisnes ELLE ZADA dimulakan dengan modal dalam tangan bermarkas di bilik tidur sahaja oleh 2 orang pelajar universiti.
Bayangkan saya yang jurusan senibina dan suami jurusan Kejuruteraan Mekanikel terpaksa bina laman web dari kosong semata-mata nak jimat duit.
Dahulu tiada pilihan template laman web yang banyak seperti sekarang jadi memang gigih bersekang mata tulis coding baris demi baris. Laman web statik, tidak canggih dan sekadar cukup untuk paparkan produk dan terima tempahan; tetapi ketika itu kami gembira apabila laman web siap sempurna setelah coding lebih seminggu! 🙈
Sudah pasti setiap bisnes mahu mendapat publisiti meluas bukan? Dan antara kaedah paling mudah untuk mendapat publisiti adalah dengan berkolobrasi dengan artis terkenal.
Tapi, memandangkan jaringan sosial kami pada ketika itu yang tiada selebriti, saya dan suami bercadang untuk bina Elle Zada dengan ilmu majoriti usahawan bukannya ada kawan selebriti pun!
Dalam pasaran yang sarat dengan bisnes lain dengan produk hampir serupa, USP akan membolehkan sesebuah bisnes berkembang dan dan membentuk kumpulan peminat yang setia!
USP mestilah jelas dan boleh diterangkan dengan mudah. Dalam perniagaan, tidak perlu membuang masa anda untuk menggembirakan semua segmen pasaran. USP ini lebih berharga dari publisiti melalui selebriti. Tanpa USP, segala usaha publisiti akan bersifat hype sementara dan tidak mampan.
Contoh :
ELLE ZADA membantu hijrah fesyen selaku pelopor ‘fashionable’ tudung labuh & busana 100% patuh syariah. Ringkas dengan segmen pasaran yang jelas. Gunakan USP ini sepenuhnya dalam pelan pemasaran.
Perlu diingat, bisnes adalah larian marathon; bukannya acara lari pecut 100m! Publisiti daripada selebriti bersifat sementara melainkan dalam pasukan kita memang ada orang terkenal yang ada peminat sendiri berpuluh ribu atau beratus ribu orang.
Kalau solopreneur, mesti faham betapa penatnya berbisnes gaya towkey. Jika dia tidak suruh, bisnes kekal pada satu tahap dan dalam satu peringkat, akan merudum.
Mana mampu untuk membangunkan bisnes keseorangan. Di sinilah pentingnya pasukan bisnes yang faham visi , misi dan USP bisnes.
Kami bermula berdua sahaja pada Julai, 2011. Kami kaji dan mendalami ilmu kepimpinan membangunkan pasukan bisnes yang efisien & efektif, serta kaedah pembangunan syarikat dan sistem terbaik untuk bisnes yang sedang berkembang.
Pada Mac, 2013 kami mula rekrut pasukan Elle Zada Tailoring House dan bermulalah pengembaraan sebenar kami dalam dunia keusahawanan. Kemudian, pada Mac 2014 kami mula rekrut pasukan Elle Zada Boutique dan pada Mac 2015 inisiatif pembangunan pasukan Elle Zada Academy dimulakan.
Perniagaan tanpa pasukan bisnes yang dipercayai tidak mampu bertahan dalam dunia yang kompetitif. Memang susah, macam-macam pengalaman kami lalui dalam proses ni.
Kes tikam belakang, cakap belakang, penipuan, kecurian, pemecatan dan macam-macam lagi. Sampai kes masuk mahkamah pun ada! Alhamdulillah, pengalaman yang menjadikan ketahanan seorang usahawan lebih tinggi dan semuanya sangat berbaloi!
Pelaburan kepada pasukan bisnes adalah jauh lebih hebat impaknya berbanding pelaburan dalam pemasaran melibatkan duta selebriti di peringkat awal bisnes. Tahu prioriti utama anda!
Sejujurnya, kami tak pernah pergi ke seminar-seminar pemasaran. Ya, satu pun tidak pernah. Kebanyakan ilmu yang kami laksanakan di Elle Zada diekstrak melalui temuramah pengalaman usahawan lain, eksperimen sendiri dan kajian kes
Ilmu-ilmu ini membolehkan kami membina 4 buah perniagaan pendapatan tinggi tinggi tanpa bergantung harap kepada faktor selebriti.
Elle Zada didirikan oleh usahawan biasa yang tidak ramai pengikut pada mulanya, namun dengan bancuhan strategi dan taktik yang betul, Elle Zada bakal melebarkan sayap ke seluruh dunia.
Publisiti adalah penting, namun menggunakan jambatan selebriti bukanlah satu-satunya jalan untuk membina bisnes. Lebih-lebih lagi di peringkat awal yang mana peruntukan kewangan adalah terhad.
Apa yang menarik, kini Elle Zada mula bersahabat dengan selebriti tanahair tetapi bukan untuk menggunakan platform mereka, sebaliknya untuk berkongsi dapatan ilmu dan sebagai konsultan bisnes mereka melalui Elle Zada Academy.
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/bagaimana-elle-zada-membangunkan-bisnes-tanpa-pengaruh-selebriti.html
Pihak Elle Zada Academy bakal mengadakan kelas bimbingan Mastering The Art Of Online Business. Untuk anda yang berminat untuk mengetahui rahsia kejayaan puan Elliyin Razif, pengasas Elle Zada membangunkan bisnes dari kosong, boleh sertai dan daftar di laman ini.
Kami memulakan bisnes dari kosong. Kami bukan sesiapa dalam dunia online; bukan blogger terkenal mahupun personaliti yang terkenal.
Kami tiada belasan ribu mahupun ratusan ribu followers. Bisnes ELLE ZADA dimulakan dengan modal dalam tangan bermarkas di bilik tidur sahaja oleh 2 orang pelajar universiti.
Bayangkan saya yang jurusan senibina dan suami jurusan Kejuruteraan Mekanikel terpaksa bina laman web dari kosong semata-mata nak jimat duit.
Dahulu tiada pilihan template laman web yang banyak seperti sekarang jadi memang gigih bersekang mata tulis coding baris demi baris. Laman web statik, tidak canggih dan sekadar cukup untuk paparkan produk dan terima tempahan; tetapi ketika itu kami gembira apabila laman web siap sempurna setelah coding lebih seminggu! 🙈
Sudah pasti setiap bisnes mahu mendapat publisiti meluas bukan? Dan antara kaedah paling mudah untuk mendapat publisiti adalah dengan berkolobrasi dengan artis terkenal.
Tapi, memandangkan jaringan sosial kami pada ketika itu yang tiada selebriti, saya dan suami bercadang untuk bina Elle Zada dengan ilmu majoriti usahawan bukannya ada kawan selebriti pun!
#1 Bina Unique Selling Proposition (USP) Yang Kukuh
USP adalah antara perkara pertama yang kami selesaikan sebelum melancarkan bisnes. Ini adalah intipiati keistimewaan bisnes kita berbanding bisnes lain. Ianya berkenaan tambah nilai bisnes kita kepada target market yang jelas.Dalam pasaran yang sarat dengan bisnes lain dengan produk hampir serupa, USP akan membolehkan sesebuah bisnes berkembang dan dan membentuk kumpulan peminat yang setia!
USP mestilah jelas dan boleh diterangkan dengan mudah. Dalam perniagaan, tidak perlu membuang masa anda untuk menggembirakan semua segmen pasaran. USP ini lebih berharga dari publisiti melalui selebriti. Tanpa USP, segala usaha publisiti akan bersifat hype sementara dan tidak mampan.
Contoh :
ELLE ZADA membantu hijrah fesyen selaku pelopor ‘fashionable’ tudung labuh & busana 100% patuh syariah. Ringkas dengan segmen pasaran yang jelas. Gunakan USP ini sepenuhnya dalam pelan pemasaran.
#2 Kembangkan Ahli Pasukan Bisnes
Siapa mahu membina bisnes untuk seorang diri tidak perlu baca tip ini. Kebolehan pemimpin bisnes membangunkan pasukan bisnes menentukan sejauh mana bisnes tersebut akan berkembang.Perlu diingat, bisnes adalah larian marathon; bukannya acara lari pecut 100m! Publisiti daripada selebriti bersifat sementara melainkan dalam pasukan kita memang ada orang terkenal yang ada peminat sendiri berpuluh ribu atau beratus ribu orang.
Kalau solopreneur, mesti faham betapa penatnya berbisnes gaya towkey. Jika dia tidak suruh, bisnes kekal pada satu tahap dan dalam satu peringkat, akan merudum.
Mana mampu untuk membangunkan bisnes keseorangan. Di sinilah pentingnya pasukan bisnes yang faham visi , misi dan USP bisnes.
Kami bermula berdua sahaja pada Julai, 2011. Kami kaji dan mendalami ilmu kepimpinan membangunkan pasukan bisnes yang efisien & efektif, serta kaedah pembangunan syarikat dan sistem terbaik untuk bisnes yang sedang berkembang.
Pada Mac, 2013 kami mula rekrut pasukan Elle Zada Tailoring House dan bermulalah pengembaraan sebenar kami dalam dunia keusahawanan. Kemudian, pada Mac 2014 kami mula rekrut pasukan Elle Zada Boutique dan pada Mac 2015 inisiatif pembangunan pasukan Elle Zada Academy dimulakan.
Perniagaan tanpa pasukan bisnes yang dipercayai tidak mampu bertahan dalam dunia yang kompetitif. Memang susah, macam-macam pengalaman kami lalui dalam proses ni.
Kes tikam belakang, cakap belakang, penipuan, kecurian, pemecatan dan macam-macam lagi. Sampai kes masuk mahkamah pun ada! Alhamdulillah, pengalaman yang menjadikan ketahanan seorang usahawan lebih tinggi dan semuanya sangat berbaloi!
Pelaburan kepada pasukan bisnes adalah jauh lebih hebat impaknya berbanding pelaburan dalam pemasaran melibatkan duta selebriti di peringkat awal bisnes. Tahu prioriti utama anda!
#3 Usah Berkira Labur Wang Dalam Ilmu Bisnes
Kami banyak luangkan masa membaca dan menggali tentang ilmu fundamental bisnes. Tidak semestinya buku, artikel pun kami baca.Sejujurnya, kami tak pernah pergi ke seminar-seminar pemasaran. Ya, satu pun tidak pernah. Kebanyakan ilmu yang kami laksanakan di Elle Zada diekstrak melalui temuramah pengalaman usahawan lain, eksperimen sendiri dan kajian kes