-->

Minggu, 05 November 2017

‘Becana Besar’ Akibat Pengabaian Undang-Undang Dalam Perniagaan Anda

Seorang usahawan memang terkenal dalam merangka perniagaannya agar lebih maju dan terus maju. Sekiranya tidak, panggilan ‘usahawan’ itu tidak layak untuk mereka yang mengusahakan sesuatu perniagaan. Namun begitu, apabila perkara yang berkaitan dengan undang-undang lazimnya tidak dititikberatkan oleh mereka.


Tidaklah menjadi suatu kerugian sekiranya seorang usahawan yang bagus untuk membuat tinjauan sedikit sebanyak mengenai undang-undang. Sekiranya pengabaian ini berlaku, ‘bencana besar’ bakal berlaku dalam perniagaan anda.

Berikut merupakan 4 kesilapan yang sering diendahkan oleh usahawan terhadap undang-undang dalam perniagaan.

#1 – Campur Adukkan Perniagaan Dengan Aset Peribadi


‘Huru-hara’ akan berlaku sekiranya anda mengambil keputusan untuk tidak mengasingkan aset peribadi dan perniagaan. Hal tersebut berkemungkinan tidak akan memberi kesan pada jangka masa pendek namun kesan yang teruk pada jangka masa panjang.

Anda akan berpotensi besar untuk tidak mendapatkan perlindungan undang-undang sekiranya mencampur adukkan kedua-dua aset tersebut. Keadaan bertambah parah sekiranya anda membayar harga barang dan perkhidmatan dalam perniagaan dengan akaun peribadi anda.

Selain itu, seseorang pelanggan boleh menyaman dan meyakinkan pihak mahkamah  untuk menuntut segala hutang dari akaun peribadi anda sekiranya anda berhutang dengan pelanggan tersebut.

#2 – Tiada Hitam Putih


Berbicara tentang keutamaan, anda selalunya akan membuat perjanjian di antara diri sendiri dan pihak lain dalam menjalankan perniagaan.

Dalam perniagaan yang melibatkan banyak perundingan dan perbualan, masalah yang sering berlaku ialah tiada perjanjian bertulis yang dibuat. Sesuatu yang telah dibincangkan kadangkala tidak dicatatkan namun tetap dilaksanakan.

Hal tersebut akan menimbulkan kekeliruan dalam berurusan melainkan sesuatu yang dibincangkan termaktub dalam perjanjian bertulis yang dipersetujui.

Seharusnya, perjanjian bertulis dilaksanakan dalam urusan perniagaan tidak kira sama ada kecil atau besar sekalipun urusan tersebut. Dilarang keras untuk meneruskan urusan perniagaan sekiranya pihak kedua tidak mahu membuat perjanjian bertulis.

#3– Tergesa-Gesa Untuk Menandatangani Perjanjian

Secara semulajadinya, sifat seorang usahawan adalah bertindak pantas. Namun apabila melibatkan ‘permainan’ undang-undang, adalah sesuatu yang tidak bijak sekiranya anda hanya meletakkan tandatangan dalam perjanjian tanpa melakukakn pembacaan yang lebih teliti.

Jika tidak, anda berdepan dengan pelbagai masalah dalam menajalankan perniagaan. Seharusnya anda memahami isi kandungan dalam perjanjian tersebut walaupun perkara tersebut memakan masa yang agak panjang.

Hai ini lebih berbaloi berbanding anda terpaksa mengeluarkan banyak duit untuk menyelesaikan segala konflik akibat tidak meneliti kandungan perjanjian terlebih dahulu.

#4 – Tangkap Muat Ambil Pekerja


Kesilapan yang sering dilakukan oleh indidvidu adalah terlalu mempercayai seseorang dan kurang mempercayai seseorang. Justeru, terdapat tahap dalam menggalas tanggungjawab yang harus diteliti bagi mengambil pekerja.

Usahawan akan mengalami masalah yang besar sekiranya tersalah memilih rakan kongsi atau pekerja. Walaupun anda mempercayai seseorang itu secara keseluruhan, perjanjian bertulis tetap harus dibuat.

Sekiranya anda mengikuti nasihat-nasihat di atas, ‘perjudian’ yang anda buat dalam perniagaan akan memperoleh 90% kecemerlangan berbanding kegagalan. Fikir-fikirkan!

Penulis : Editor majalah niaga
Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/becana-besar-akibat-pengabaian-undang-undang-dalam-perniagaan-anda.html
Back To Top