-->

Selasa, 07 November 2017

3 Cara Mudah Untuk Validasi Idea Produk Yang Anda Jual

Nota Editor :
Pengarah Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN), tuan Norizan Sharif berkongsi 3 cara mudah untuk validasi (validate) idea produk yang kita jual. Tujuan validasi ini adalah untuk mengenal pasti siapa pelanggan anda dan untuk siapa produk anda itu dijual.


Anda ada idea bisnes. Maka, langkah seterusnya ialah validate idea bisnes tersebut. Ini bertujuan menentukan ia memenuhi keperluan pelanggan dan sekaligus meningkatkan kemungkinan idea bisnes itu berjaya. Bagaimana nak lakukan?

#1 – Buat Carian


Perkara pertama yang boleh dilakukan ialah buat carian di internet. Atau, WhatsApp saudara dan kawan-kawan. Tanya. Tanya. Tanya.

Cuba tanya, apakah yang telah dilakukan oleh usahawan sebelum ini? Bagaimanakah anda boleh memberi nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan sedia ada? Apakah unique value proposition atau sesuatu yang menjadikan produk atau perkhidmatan anda berbeza dengan apa yang ada sekarang?

Sekiranya carian anda tidak menemui apa-apa, mungkin elok tanya mengapakah tidak ada. Mungkin ada sebab lain mengapakah tidak ada usahawan melakukan apa yang anda fikirkan itu.

#2 – Minta Maklumbalas Dari Pelbagai Pihak

Dapatkan maklumbalas daripada pelbagai pihak. Dengar semua, termasuklah yang mengkritik. Apa yang anda perlukan ialah pendapat yang jujur, walaupun panas.

Usah cari cheerleaders yang bersorak dengan idea hebat anda itu. Sesetengah orang, terutama sekali adik-beradik atau kawan-kawan, mungkin memuji idea itu kerana tidak mahu melukakan hati anda. Berhati-hati.

#3 – Buat Jualan Minima


Buat minimum viable product (MVP). Cuba pasarkan produk atau perkhidmatan. Dapatkan pelanggan pertama.
Sekiranya ada pelanggan, maka anda tahu ia boleh dipasarkan dengan lebih luas. Sekiranya tidak, anda rugi sedikit dan boleh cari idea lain yang diperlukan oleh pasaran.

Usah habiskan wang dengan membuat produk yang banyak atau membelanjakan wang untuk infrastuktur (pejabat, kenderaan dan lain-lain) sebelum validate idea bisnes itu.

Sumber artikel : http://www.majalahniaga.com/cara-validate-produk-bisnes.html
Back To Top